4 orang ketua wanita penghuni syurga(source:smart group)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....
 sungguh hambamu ini amat bersyukur Alhamdulillah kpd Allah S.W.T,
 kerana masih lagi memberi nikmat kpd hambamu ini,
meski pun byk dosa telah di catat...Astaghfirullahalazim...

sape die ye 4 orang wanita yang telah dijanjikan Allah utk menjadi ketua wanita syurga?

1.Mariam(ibu kpd nabi Isa a.s)
2.Khadijah(isteri rasulullah s.a.w)
3.Fatimah(anak kdp rasulullah s.a.w)
4.Asiah(isteri kpd firaun laknatullah)

ape keistimewaan mereka ye sehinggakan mereka diberi tiket dan dijanjikan tempat di syurga malah dilantik menjadi ketua?

1.Mariam
mariam merupakan ib kpd nabi kita Nabi Isa a.s.beliau boleh dijadikan contoh kpd gadis-gadis yang belum berkahwin.Beliau sgt menjaga maruah dan kehormatannnya.Beliau merupakan hamba dan anak yg sgt taat.Walaupun beliau dipulau oleh penduduk di tempat tinggalnye kerana mengandung tanpa ikatan nikah....tetapi beliau sgt2 tabah menghadapi ujian dpd Allah...para gadis sekalian...apalah sgt dugaan kite pd hari ini setakat stress,exam,gagal dlm sesuatu,kalau nak dibandingkan dgn dugaan yang menimpa Mariam......beliau sgt2 taat dgn perintah Allah dan patuh pd perintah dan laranganNYA.

2.Khadijah
Khadijah merupakan isteri Rasulullah s.a.w.Beliau boleh dikatakan mewakili seorang isteri.Khadijah merupakan isteri yg sgt syg ,percaya dan taat kpd suaminya......Beliau sanggup memanjat gua hira' yg berbatu-batu dan berbahaya semata-mata utk menghantar makanan kpd suaminya.Beliau menyokong kuat kpd Islam dan merupakan wanita penganut Islam yg pertama.

3.Fatimah
Fatimah merupakan anak kpd Rasulullah s.a.w.Fatimah mewakili peranan seorang anak,isteri, dan ibu.
beliau merupakan anak yg sgt taat kpd ayahnya...stp arahan rasulullah s.a.w sgt ditaatinya.Sbg isteri pula beliau memberi layanan yg baik kpd suaminya.sehinggakan beliau enggan mengupah pembantu rumah kerana mahu melayan suaminya sepenuhnya dgn titik peluhnya sendiri.Beliau merupakan isteri yg sgt baik dan segera meminta maaf kpd suaminya sekira berbuat kesalahan.


4.Asiah
Asiah merupakan isteri kpd firaun laknatulullah....Beliau mewakili isteri yg mempunyai suami yg melanggar perintah Allah..suaminya firaun sgt kejam sehingga sanggup mengaku dirinya sbg tuhan...Ya Allah betapa besarnya dugaan Asiah sbg isteri....tetapi Asiah tetap taat kpd perintah suaminya yg tidak melanggar syara'.....Beliau tetap mengaku Allah sbg Tuhan nya.


in conclusion;contohi lah sifat2 yg baik ketua2 wanita syurga ni...semoga apabila kita mati nanti...kita bakal ditempatkan dikalangan org2 yg beriman........ameenn.....ingatlah supaya sentiasa muhasabah yang matlamat utama kita hidup di dunia ini adalah utk menyembah ALLAH S.W.T.di akhir coretan saya ingin minta maaf sekiranya pernah melakukan kesalahan kpd sape2 pon yg membaca atau terbaca coretan ini....:) wallahua'lam.


Comments

Post a Comment

Popular Posts