Saturday, July 30, 2011

syurga cinta

In The name of Allah, The most gracious and The most Merciful.


Astaghfirullahalazim,
first of all lets istighfar for all the sins that have been committed.
rindunya Ramadhan..
akhirnya bertemu juga kita..
insyaAllah,jadikanlah bulan ni sebagai satu bulan untuk mendapat keampunan dari Allah S.W.T

Sabda Rasullulah s.a.w:
Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan ALLAH di bulan yang agung ini.

jaga mulut,
jaga telinga,
jaga nafsu,jaga segalanya..
semoga kita mendapat  lailatul qadr pada ramadhan tahun ini..
yeah!jom! dapatkan lailatul qadr.
pasak azam kuat2..
btw final pon dah nak dekat,banyak bende lagi nak kene practice..
ape tunggu lagi tika..
Ya Allah! Ana nak skor! 

semoga semangat ramadhan kita tak luntur..
jangan buang masa dengan perkara-perkara yang laghah.
rakan-rakan,kalau perasan saye cakap bende yang tak berfaedah..
tegur saye,kalau degil sangat..
tepuk je mulut saye..geram betul..haha
*tapi jangan kuat sgt..sakit woa.hihi


“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara(yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar(Surah al-Qadar).
jom manfaatkan ramadhan.
jom tarawikh dan khatamkan satu al-Quran:)

p/s:semoga ramadhan kelihatan panjang dan lambat berlalu..





Tuesday, July 19, 2011

kehebatan mereka

In The name of Allah The most Gracious and The most Merciful




Astaghfirulllah,astaghfirullah,astaghfirullah..
susah sangatkah?
berat sangatkah?
mengapakah banyak sangat rintangan-rintangan dan dugaan berpusu-pusu..
tidak mampukah aku mencapainya?


indahnya selepas menitip kehidupan para sahabat Rasulullah s.a.w
betapa kuatnya mereka,
betapa istiqamahnya mereka,
malamnya di isi dengan solat malam,mengadu dan menangis kepada Allah,
siangnya menyebut nama Allah dalam keadaan terkulai,
Kata Ali bin Abi Talib:
"Demi Allah, aku telah melihat sahabat-sahabat Muhammad,tetapi di hari ini aku tidak lagi melihat individu -individu seperti mereka,bangun pagi kelihatan muka kuning,rambut kusut-masai,dan berdebu,dahi mereka kematu bak kaki biri-biri,kerana banyak bersujud  kepada Allah dan bangun untuk solat malam, membaca kitab Allah semasa solat.Di pagi hari mereka menyebut-nyebut nama Allah dalam keadaan terkulai,seperti terkulainya sepohon pokok ditiup angin  dan mata mereka berlinangan dengan air mata  sehingga membasahi baju-baju mereka."




akal dan hati meronta-ronta untuk kebebasan,
meronta-ronta untuk lari,
malah cuba berpura-pura tidak mengenali nafsu,
tetapi malangnya nafsu semakin berkuasa,
bisikan syaitan semakin menjadi-jadi,
syaitan baru naik pangkat agaknya,
lagi kuat iltizam,
lagi besar panglima syaitan yang dihantar,




nampaknya syaitan dan iblis  memang tidak akan mengalah dalam peperangan ini..
"alah buat ape pergi kelas,kalau pergi bukannya faham pun,baik duduk bilik study sendiri"
"alah buat ape baca buku agama,baca novel lagi best"
"buat ape pakai baju ni,pakai la baju ni  lagi cantik,lagi hot"
"alah buat ape buat tu,buatlah macam ni..
haish!Ya Allah,hambamu ini berlindung denganmu dari syaitan yang direjam dan azab api neraka yang amat dahsyat.
memang seirus makhluk yang dilaknat Allah ni tak pernah mengalah
mencari-cari rakan serumah di akhirat nanti dengan rakus dan gopohnya..




seriusly setiap perbuatan menyumbang pada kehidupan abadi di akhirat nanti..
neraka or syurga?
senangkah di padang mahsyar nanti?dengan perhimpunan umat yang sangat sangat sangat ramai..
matahari sejengkal dari kepala...
menunggu untuk dihisab..berapa lama?dah tunggu lama,lepas tu lepas ke hisab untuk ke syurga?
berapa laju dapat lalu siratul mustaqim?
merangkak?berlari?mengensot?
ketakutan...dunia ni ibarat dewan peperiksaan..




kadang-kadang fokus jawab periksa..
kadang-kadang tertidur,
kadang-kadang meniru,
kadang-kadang blank tak tau nak jawab ape...
kalau test and final exam boleh excellent!dapat fullmark!cemerlang,gemilang,terbilang..
markah muttabaah ko berape ?
A?B? or setakat lulus?or fail..
dhuha?qiam?puasa?Quran?jemaah?istighfar?mathurat?
berape markah?
adakah excellent?berapa pointer?




Allah priority pertama,
priority teratas,
ape bukti Allah menjadi priority teratas?
seriously,you not a kid anymore la!wake up la!
every second is important for the hereafter
takde mase la nak main-main
takde mase la nak nanti-nanti,
no cintan cintun monyet2 ke kaola2 ke,
stop it la..you make me sick...
Allah..
astaghfirullah,astaghfirullah,astaghfirullah..
lahirlah semangat baru,
menggali lagi banyak ilmu dunia dan akhirat,
hoping there's something to say in the hereafter about my effort for Islam..




firman Allah S.W.T:

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).(9:42)





perkemaskan diri 
bangun  sendiri kalau jatuh,
jangan tunggu tunggu orang ketuk baru nak gerak...


till then~
sedikit perkongsian emosional..:(
*keadaan:sedih.

Wednesday, July 6, 2011

Melaka wait for me!!!

In the  name of Allah,The most gracious and the most merciful




pembetulan..ni bukan cuti midsem,ni hanyelah cuti weekend,according to UTP la..jgn terpedaya dgn perkataan "sem" di UTP,it's not a long holiday...sekian~