Thursday, December 29, 2011

3rd semester on the way

In The name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful



menuju ke fasa 20-an dan meninggalkan fasa belasan tahun..aaaaa.

3rd semester is on their way and of course with more interesting subjects

  • Professional communication skills
  • computational method
  • structured programming and database system
  • heat transfer design
  • mass transfer design

akademik semakin mencabar,tangunggjawab makin byk
I know Allah S.W.T is always with me :)
just carry on tika,and end it with a huge success.
cuti 4 bulan yg amat bermakna..PLKN dan keluarga :) i'll miss you
kembali ke teratak UTP.
dengan buku yg tebal2..dgn meeting dan kerja yang tak pernah putus.
quiz,test,assignment..rasenye da lame sgt bonda meninggalkan kamu semua..tunggu yup ;P
kalau dulu sume ayah settlekan..skrg semua kene buat sendiri..
bayar broadband,bayar road tax,ke hulu,ke hilir,duit sendiri..tak best gak dpt biasiswa ni..susah nk carik alasan mintak duit..haha.
hampir 2 tahun berada di UTP..3 more years to go..

teringat satu quote dlm movie 3 idiots:
belajar bukan utk berjaya sahaja..tetapi mengasah skill dan kemahiran.
duduk bilik je 24 jam study je..belum tentu dpt bagi skill dan kemahiran..yang penting faham..

best movie ni..rugi sape tak tgk lagii..serious ouh..

tgk kat newsfeed FB..most of my friends da sambung blaja..even ade yg sgt jauh..ade yg dekat jo..
semua ade ceritera masing-masing
gudluck guys in your life..reunion nnt kite jumpe eh.

selalu ckp kat ayah..engineering susah..engineering susah..
haha..ko ckp byk kali pon takde perubahan pon tika..jadi lagi susah ade la..
alhamdulillah setakat ni masih boleh carry on..
next sem ? hanya Allah S.W.T je yg tau..:)
chaiyyok guyss..
lillahitaa'la

sesungguhnya solatku hidupku ibadahku dan matiku hanya untuk allah S.W.T

till then.








Tuesday, December 13, 2011

Simple reminder:)

In The name of Allah.The Most Gracious and The most merciful.


 "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka." Surah Al-Hadid ayat 16.

Friday, December 9, 2011

Perutusan Ir Atikah untuk Dr.Aini Hafizah:P

In The name of Allah,The most Gracious and The most Merciful




Happy brithday, sanah helwah for my best friend Dr. Aini Hafizah..
dah beso dah akhirnya..
harap semakin sihat dan dipanjangkan umur untuk melakukan lebih banyak ibadah
semoga dimurahkan rezeki
may Allah bless u always and shower you with barakah 
semoga dikurniakan jodoh yang terbaik untukmu..
semoga sedar yang sebenarnya menerima dugaan daripada Allah S.W.T tu sebenarnya satu tanda bahawa DIA sayang pada kita..
semoga sedar bahawa setiap kesusahan dan kesakitan itu menjadi satu kifarah dosa..
you have to be happy with it...
sinari hati dengan al-Quran
sinari wajah dengan wudhu
rajin sujud kepadaNYA:)

semoga menjadi doktor muslimah yang berjaya dunia akhirat
don't forget that you have your IR here :)
jauh dimata dekat dihati..


                                              
                                                        your love,
                                                        Ir Atikah :P

Pasaraya 1 Malaysia?



In The name of Allah,The most Gracious and The most Merciful.

first of all, nak komen pasal pasaraya 1 Malaysia yang  bakal dibuka  tak lama lagi.. or dah dibuka
memang la bagus bukak kedai utk membantu golongan yang susah..bagi harga murah..
dengan hanya beberapa sen?or maybe RM1 la...
niat mmg la bagus tapi sebagai kerajaan yang mempunyai rakyat pelbagai status dan pekerjaan..
kene consider la jugak peniaga-peniaga lain..yang kemungkinan business nye akan lingkup dek kerana niat "nak tolong" orang susah..


jangan salah faham eh,i'm not a businesswoman..
but based on my observation la,banyak peniaga dapat kesan buruk daripada pasaraya 1 Malaysia ni..
suppose kerajaan wujudkan la perjanjian persetujuan harga,antara peniaga-peniaga..
supaya semua orang boleh cari makan..
takde yang terlalu mahal,dan takde yang terlalu murah sampai menyusahkan orang lain..
common la,orang lain pun nak carik makan jugak..
1 Malaysia,1 Malaysia jugak,tp consider la secara menyeluruh...
lepas tu,masuk PLKN letak dorm budak muslim and non-muslim campur satu bilik..
ape ni..kan aurat antara perempuan muslim and non-muslim sama seperti aurat dengan yang bukan muhrim..
adehhh...kesabaran diuji betull....



that's why la pemerintahan Malaysia mesti diketuai oleh seseorang yang betul-betul faham islam..
bukan islam hanya pada nama..
sistem matawang.pendidikan,pemerintahan...
everything...all of it..serabut tanpa guideline yang betul-betul oleh orang yang memahami islam...
ilmu politik saje tak cukup..I'M SICK OF IT..:'(
menjerit siang malam,bela melayu,Malaysia BOLEH..tapi agama?where it goes?dalam poket?
Ya Allah,bantulah hamba-hambaMu ,untuk menaikkan kembali kalimah namaMu di muka bumi ini...:'(
supaya hambaMu ini dapat bernafas lega ketika menghembuskan nafas yang terakhir..
at least I've done something for the sake of Islam..walaupun tak berjaya..but maybe 50 or 100 years later it will.Bantu kami umat islam sedunia dpd kekejaman kafir laknatullah..terutama saudara-saudaraku di Palestin..
jauhkanlah kami daripada fitnah dajal...dan mereka-mereka yang jahiliyyah daripada islam yang sebenar..







tgklah...sekarang ni bukan orang kafir je yang menetang islam...malah orang islam sendiri yang lebih-lebih..
kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga la..
kalau ilmu agama tak mahir,mulut tu tolong jangan pantas sangat...nak buat sesuatu tu fikir..atau bertanya pada yang pakar..
tak salah punnn kan..tak mati punn..
daripada memburuk-burukkan  ISLAM..
common la...your own religion..ade orang kafir kutuk agama diorang sendiri?ade?
siapa kita nak lawan perintah ALLAH S.W.T?
siapa kita sekadar meminjam nikmatNYA?
udara ALLAH S.W.T bagi..
nikmat tak terkira..
boleh kau mempersendakan agamaNYA?
memang tak bersyukur langsung...
astaghfirullahalazim..


Allah S.W.T pencipta kita
HE knows us the best..
nobody can beat HIM in knowledge...
NOBODY..
sekiranya perintah dikeluarkan olehNYA,which means itu yang paling sesuai utk makhlukNYA...
then why arguing about that?
kita siapa dengan ALLAH S.W.T?
memang mood marah ni..
penyakit hati dalan kalangan umat islam semakin parah..:'(
takut Malaysia pulak yang dapat musibah seperti Indonesia..
jangan bangga sangat la Malaysia aman damai..kalau tak reti nak bersyukur..
kufur dengan ALLAH S.W.T..
bila-bila ALLAH S.W.T boleh tarik balik..
sombong dengan ALLAH S.W.T
ulama' di kutuk sesuka hati..dah banyak ilmu sangat la tu...
nobody perfect la..setiap manusia melakukan kesilapan..
even ulama' pon boleh melakukan kesilapan..
tapi sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah yang bertaubat.


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; 
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". 

H.R. Abu Daud 


sekian~~~
Assalamualaikum.


Sunday, December 4, 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta (ceritera PLKN)

In the name of Allah ,The most gracious and the most merciful..



Hati ini memberontak sejak daripada awal lagi..Arghhhhhhh!!!!! kenape mesti kene panggil balik?
calon penangguhan PLKN yg mental dan emosinya sentiasa diganggu dgn bayangan kemungkinan akan dipanggil  oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara.Di dlm hati memberontak.Puas memikirkan cara utk mendapat "Pengecualian" tapi tiada sape dapat mengubah takdir.....
A wise friend once said to me: There are some people that was written for you to meet throughout your life.
otak ligat memikirkan maksud perkataan die...




Ayah menggunakan kuasa vetonye...."Atikah, masuk PLKN ayer keroh sem break ni,ayah dah mintak tukar. Tak payah masuk kem Warisan,jauh !cepat habis lagi bagus"
ha? What???dah la masuk kumpulan 3 pulak tu..adesssss..sabar tikah...sabarrrrr....istighfar..
BUT WAIT!!! there's a GIANT BUT in front!
tiada siapa boleh mengalahkan Yang Maha Esa dalam membuat perancangan..DIA lah sebaik-baik perancang..
melangkah masuk PLKN kembali telah memberi saye seribu satu pengalaman,cabaran,dugaan dan kenangan yang amat-amat berguna.it's like i'm entering A NEW WORLD .






HARI 1:


 Melangkah masuk ke pintu gate PLKN ayer keroh.....dengan muka yang monyok-semonyoknye...
Allah....sepi je kem ni...mane pelatih-pelatih semua?seorang guru pelatih yg agak sudah berumur menyambut kedatangan kami dengan senyuman..
"Pelatih baru eh?Tunggu sebentar eh..hari ni semua pelatih dan guru-guru berada di dewan."
hari pertama di PLKN yg mmg sangat-sangat tak exciting.....
menjejakkan kaki ke dewan dengan 220 mata memandang...
aduhhhh...maluuuuuu!!!oke jangan tunjuk ko gelabah tika..control...control..
setapak setapak aku melangkah menuju ke sebuah meja..
di situ terdapat seorang guru pelatih lelaki..yang sangat-sangat ceria perwatakan die...
soalan pertama die" awak mmg rela eh masuk PLKN?"
aduhhhh takde soalan lain ke cikgu ni...soalan ni lagi susah daripada soalan final exam principle of chemical engineering hari tu ..T.T




seterusnya hari-hari ku diteruskan dengan aktiviti PLKN yang dirancang oleh JLKN(Jabatan Latihan Khidmat Negara).Ya Allah...aktiviti die takde la penat sgt...yang buat orang tension ialah pakaian, masa yang die beri dan cuaca...tak dapat berehat sangat pun...even takde ape2 aktiviti pon kitaorg di arahkan utk duduk di dewan..tak di benarkan duduk di bilik...so..duduk la menangok kat dewan...eh2! wait! nasib baik ade bawak byk bekalan buku..
dah agak dah mesti ade kejadian "menangok" macam ni heee~




hari pertama masuk ke kelas multiskill....Allah sabar je la....
mmg tabik spring ahhh dengan guru-guru pelatih ni...diorang boleh sabar dengan budak2 ni...
eiiii!geram jo mata nengok dorang...
dorang boleh tidur masa cikgu mengajar kat depan....wait! ni bukan tidur yg tersengguk2 tu eh...ni tidur versi nyenyak lena dibuai mimpi dengan tiada rasa bersalah betul...even cikgu dah menjerit-jerit suruh bangun pon die buat "derkkkk" je....eiii common la...tolong la ade rase hormat sikit kat cikgu....
okeee fine!i have to live with this kind of person for three months...tunggu korg..mmg nak kene brain wash!betul..




then masuk la ke surau utk solat...
Oh My God....ni "Saf" (barisan solat) versi ape ni? versi satu Malaysia ke hape?(sambil menggaru-garu kepala)
arghhhh!!! kenape ade yang sembahyang sendiri dan ade yg ikut jemaah...kenape tak semua ikut jemaah je?
oh okeee ade yang solat dengan rambut yang colourful....=.='
solat nampak kaki...bising dalam surau macam pasar....
keluar pergi amek wudhuk tanpa menutup aurat sedangkan asrama wira betul2 menghadap tempat ambil wudhuk wirawati....
time solat boleh bertepuk bertampar...
masuk saf terus kejar rakaat imam,tanpa menjadi makmum masbuk...
pakai pakaian yang seketat-ketat alam....tak kesian ke kat urat saraf..nanti kebas pulak..
okeee....something serious need to be done here...fikir tikah...fikir..




cuba menegur orang-orang yang berpakaian ketat....
tapi lepas tu dapat jelingan maut...ade jugak yang pakai baju lebih tak sopan lepas ditegur....
okeee mission failed..
do something tikah!tak kan ko nak tgk je orang buat salah depan mata kau macam tu je...ni baru satu jenis masyarakat...tak kan kau nak putus asa kot...
nak ditakdirkan perancangan Allah seperti membantu...
aku dilantik menjadi ketua surau...
yes! nak basuh diorang cukup-cukup...ajar mereka adab-adab di surau,pasal aurat,pergaulan  and so on...
tapi! yang baik tu dengarlah...kalau yang jenis hati batu tu..mmg melenting ah tak nak buat..
okeee terpaksa gunekan kekerasan..
suara semakin ditinggikan ketika menegur..
"ok, mlm ni sape pakai baju ketat,nama korg akak bagi kat cikgu!kalau takde seluar elok, pakai je seluar tracksuit, Faham tak?"
"Fahammmmm",mereka menyahut.
Alhamdulillah la...dorg ikut..tapi biase ah tak semua yg dengar kate setiap hari..
ade je yg kadang-kadang tu nak buat dajal....pakai gak..




Hari Bertugas di urus setia :




Seorang guru membelek-belek gambar di dalam handphone seorang pelatih lelaki..
eh!boleh tak saya usha handset awak ni? guru itu bertanya.
"tengok je la cikgu" pelatih itu menjawab..
aku duduk di kerusi sebelah guru tersebut sambil menulis nama pelawat yang datang pada hari itu..
tiba-tiba....
cikgu tersebut mencuit bajuku..
hurmmm,ye cikgu kenape?
tika,tika,tahu tak ni gambar siapa?guru itu bertanya.
aku pon menoleh ke arah gambar tersebut..
gambar seorang pelatih perempuan di dorm sambil posing maut dengan pakaian yg sangat seksi..
tanpa segan silu die MMS gambar tersebut kepada lelaki..
Allah..T.T
sakit jiwa~
sabar tikah,sabar, ade 2 bulan lagi..


keadaaan di asrama tak payah cakap la..
24 jam cerita pasal lelaki..
part yang lain tak sanggup nak cerita..=,='
kerana masalah-masalah begini yang ku lihat setiap hari..
menyebabkan aku sentiasa menjalani kehidupan seharian aku dengan muka yang masam...
hati bengkakkk beb..
remaja zaman sekarang...amik kau tikah...buatlah praktikal dakwah kau..ape tunggu lagi..
dulu kau sibuk baca ni,baca tu...when it comes to practical?terkedu?
titisan air mata mengalir lembut di pipi..
arghhh!!! nak familyyyy...nak familyyyy...keseorangan..alone..(berteleku di satu sudut yang gelap)
pengalaman yang sangat-sangat mencabar..
tanpa sahabat-sahabat di sisi..T.T
tegur-tegur dan terus menegur tapi takde effect..takde kesan..cakap dengan dinding pon rasenye boleh ade tindakan laaa.




COUPLE:


masalah couple tu tak payah nak cakap la..
korg ni mmg tak boleh nak berkawan je eh?
mesti nak couple..berpeluk-peluk..
berdua-duaan kat tempat gelap..
sampaikan aku sendiri di beri lamaran utk ber'couple' di hadapan khalayak ramai..
eiii!ape ni...kerja gile.
perghhh mmg maluuuuu...
dah ah pipi cepat merah..
aku menolak lembut tawarannya..kang ade yang kene belasah pulak tak pasal-pasal..berani tikah..berani!
ade jugak kes yg mintak no. phone macam orang sasau..aduhhh..
sabar tikah....1 bulan je lagii..




HARI MENEMBAK:


kami di PLKN diberi peluang untuk menembak menggunakan senapang M16 sebanya 30 peluru..
mula-mula tu takut jugak...tapi lepas dah tembak banyak kali...jadi best pulak..
mula-mula masuk kelas teori...askar yang ditugaskan mengajar kami bahagian-bahagian senapang..cara dan posisi menembak yang betul..
than kami pun dilepaskan ke lapangan sasar..
ade 8 papan utk ditembak...
aku dapat papan no. 5
bersebelahan dengan budak cina..."BISKUT" orang panggil die.haha...tak tau la macam mana boleh dapat nama tu..
ade yang cakap sebab die lemau macam biskut..=.='
kat kem ni, mmg banyak sgt gelaran... MENTOL..JAMBU..SEPET..ARAB..BLUETOOTH...macam-macam la..
korang mesti pelik kan..ape kaitan si BISKUT dengan aku nak menembak?
tunggu la...nak cerita la ni..
menembak ni ade kira markah..
kalau tembak tepat dpt 5.
then 4,3,2,1,0
tgh masyuk2 menembak..
TIBA-TIBA...




mata berair sebab panas sgt..mmg seriou panas ouhhh..
so stop la menembak sekejap..ade lagi 10 peluru..
nak gosok mata dulu..pastu syok-syok tembak...pummm!pummm!pummm!pummm!pummmm!
tangan laju menekan picu senapang....
mata beralih arah ke skrin markah....


HA?takde markah?mata dikalihkan kembali ke lapangan sasar..
arghhhhhhh!!!! aku tembak papan dak BISKUT..T.T
alamak....buang markah...
balik rumah cerita kat ayah..tertembak papan orang lain...
ayah gelakkan je...T.T
haduhhhh...kau ni macam-macam hal la
yang kau pergi tembak papan orang lain buat pe..


" =.=' " (muka aku)




PERTANDINGAN AIR:


yang ni best..
dalam upacara pertandingan air
aku sertai pertandingan rakit...
siyes lenguh ouh nak mendayung rakit..
satu rakit ade 10 orang..
5 perempuan,5 lelaki...
kitaorg mesti mendayung satu pusingan dan masa terpantas akan menjadi juara..


yang lawak nye..
ketua pendayung kitaorg..semangat beno-beno mendayung..
sampai patah pendayung tu...=.='
mase tu semua yang kat dalam rakit dah cuak...dah la die pengawal arah rakit...
tiba-tiba seorang rakan pelatih membaling pendayung dari tebing ke arah kami...
perghhhhh!!! mmg style argh time tu budak tu sambut..
sebelah tangan je die sambat macam terminator punya gaye..HAHA..
alhamdulillah..akhirnya kami menang dengan catatan masa 5 minit.pantas la jugak kitaorg dayung..satu pusingan kut.




KEM WIRAJAYA:


time wirajaya ni..kami diberi peluang utk cari bearing,memasak dan berkhemah di hutan...hutan ke?
yang part cari bearing tu mmg masuk hutan laaaa..sampai sesat-sesat..
selumbar masuk dalam jari laa.
then cikgu ajar macam mane nak tahu pokok ni boleh makan ke tak..ade racun ke...
mulut melopong je dengar...ouhhhhhhhhh baru tahu..


berkhemah guna ponco..
satu ponco 6 orang...agak tak selesa la jgk..
yg wira kene sembahyang kat medan....guna KHUF..sembahyang tanpa bukak spike boot..
diorang mesti ambil sembahyang pada waktu subuh...then dah tak payah basuh kaki lagi utk solat2 yg lain..
even wudhuk dah batal..sapu kat atas kasut je.
dengan syarat spike boot tidak ditanggalkan selama 24 jam dan dibersihkan sebelum solat....
utk info yg lebih detail mengenai KHUF,
click here =====>http://saidaneffendi-darussalam.blogspot.com/2011/08/bagaimanakah-berwudhu-tanpa.html




MALAM MUTIARA KASIH: SEMANGAT YANG PUDAR


ini merupakan malam terakhir kitaorg kat PLKN..
mmg gempak ahhh..
company alpha telah diamanahkan untuk membuat sketsa pada malam ni....
yang pening kepalanya...aku la penulis skrip..aku la director..adehhh
ade jgk budak pelatih lain yang nak membantu..tapi..aduiiii..lagi jadi parah lagii..
mmg serious susah nak kawal budak-budak ni..
bayangkanlah..sampai 3 kali tukar pelakon..
kena tengking dengan pengarah project iaitu cikgu Hasnah betul atas pentas waktu rehearsal...aduuhh.
first time in my life...lepas tu menangis telefon emak ngan ayah..kelakar je bile engat balik.haha
silapnya sebab budak-budak ni lambat masuk pentas...malunyaaa Allah je yg tahu..dgn penonton yg ramai..
nice experience..=.='


tapi budak-budak ni mmg nakal..malam akhir baru diorang berlakon betul-betul..
mmg penonton tergelak sakan la...gelak habis..
lagi bagus,mlm tu aku sakit tekak..elok2 je Allah takdirkan jadi suara atuk..sbb budak yg sepatut nye jadi suara latar dah quit...tapi tanpa die pon..kitaorg boleh excel la.
pantang betul jumpe orang yang cepat lari dari masalah dan cepat putus asa..
takde masa depan betull..




tu je la yang mampu saya coretkan..kalau nak cerita betul-betul mmg tak tido la menaip..
ade jgk la kejadian bapak dtg marah saya dan kawan saya sbb kitaorg mintak anak die ganti kamera yang hilang..ish...seram je kejadian tu..mmg gaduh-gaduh la..




lesson learnt :tak semestinya bende yang kita suka tu baik untuk kita,dan bende yang kita tak suka tu tak baik untuk kita..


THANX TO ALLAH SWT  FOR EVERYTHING..NICE EXPERIENCE :)


Allah (swt) said: “If you never felt pain or experienced problems, how would you know I’m the Healer? If you never made a mistake, how would you know I’m the Forgiver? If you were never hurt, how would you know I am the Comforter? If your life was perfect, then why would you need Me?"




till then..
assalamualaikum :)