Thursday, February 16, 2012

control yourself.

In the name of Allah, The most gracious and the most merciful

Daripada abu hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkat kepada nabi s.a.w yang maksudnya, "berwasiatlah kepadaku".Sabda rasulullah s.a.w: jangan kamu marah.maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali.Sabda rasulullah s.a.w: jangan kamu marah.

(al-Bukhari)

berdasarkan hadith di atas rasulullah s.a.w telah berwasiat bahawa seboleh-bolehnya menahan diri drpd marah..
saye tertarik dengan sebuah cerita yang pernah dismpaikan oleh sahabat saya.


pada suatu hari ade seorang anak dan ayah.
si anak merupakan seorang yg sangat suka marah.
setiap hari mesti marah.

tibalah di suatu hari dimana ayah kepada si anak ini ingin memberi pengajaran kpd si anak..
si ayah menyuruh anaknye mengambil sebuah papan..
" wahai anakku,setiap kali engkau marah maka ketuk lah paku pada papan tersebut".kata ayah.
si anak pun berasa hairan,tetapi masih mentaati arahan ayahnya..

pada hari pertama anaknya mengetuk sebanyak 37 paku pada papan tersebut.
pada hari kedua bilangan paku yg diketuk semakin berkurang.
begitu juga dengan hari ketiga..berkurang dan berkurang..
sehingga pada suatu hari, tiada lagi paku yg diketuk pada papan tersebut.
si anak berasa sgt gembira dgn prestasinya lantas berlari-lari utk mem beritahu ayahnya ttg berita gembira ini.


"ayah, pada hari ini tiada satu paku pun yg saya ketuk pada papan tersebut".
"bagus!".kata ayah

kemudian si ayah menyuruh anaknya mencabut kembali semua paku yg telah diketuk pada papan tersebut.
anaknye pun mencabut semua paku tersebut..
kemudian ayahnya bertanya,"apa yang kamu lihat pada papan tersebut?"
anaknya menjawab,"berlubang-lubang".

papan itu tidak lagi seperti dahulu.
walaupun semua paku telah dicabut dan dibuang..]
itulah kesannya sekira kita marah..susah utk kembali semula kpd keadaan asal..
sama seperti papan tersebut yang akhirnya di penuhi lubang..

jadi kawan-kawan..
control  yourself.
kalau marah,duduk..
kalau marah jgk, baring
kalau marah jgk tidur..
ambil wudhu' sembahyang ke..

kerana once kita marah takut keadaanya menjadi seperti papan tersebut..:)


that's all~
juat sharing..:)
sekian wasalam..