Friday, February 15, 2013

Eiii! Tak puas hati betul


Assalamualaikum/ Hi  :)

okay dah lame tak update blog,dah bersawang-sawang dah.
as I like talking more than writing,hehe. sbb tu bile nak menulis mmg liat beno.
tolong la tika!jangan byk cakap byk cakap=byk dosa!

tahun 2012 berlalu dan mecatat banyak sejarah dan dugaan dalam diari hidup ini.
Paling tidak dapat ku tahan ialah dengan permergian ayahandaku yg tercinta kepada Ilahi.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yg beriman. amin.

apapun hidup mesti diteruskan.tak kan nak menangis 24 jam.kan.Erk. you say it tikah!

ok. hari ni nak share something, utk sesiapa yg terbaca post ni.

[Spread the serenity of ISLAM]
#Ada syurga Dalam Hati.wuuuu

bak kata orang, luar kental, tapi dalam hati ada taman woa.
ape kaitan syurga dalam hati dengan post ni ek??
ok.Let scroll down.




"Di dunia ini terdapat sebuah syurga. sesiapa yang tidak memasukinya maka dia tidak akan memasuki syurga akhirat"

huh. kat dunia ni ada syurga? bukan syurga kat akhirat je ke??

apa yang di maksudkan dengan syurga dunia??

yang dimaksudkan dengan syurga dunia ialah apabila seseorang redha dan menerima segala takdir ilahi yg telah tertulis buatnya walaupun telah berusaha kaw. kaw la org ckp.

Sesiapa yang mengenal hakikat dirinya yg sangat lemah dan meyakini Allah dengan pelbagai sifat-NYA Yang Maha Sempurna, lalu berserah diri kepada aturan Ilahi, maka dia akan hidup dalam kebahagian.

cuba try!
setiap hari,bersyukur dengan segala yang kita ada dan menerima takdir  hidup.

kadang-kadang sebagai manusia, kita terdetik, kenapa aku begini..kenapa dia dapat itu, aku tak dapat.

kenapa dia cantik, aku tak cantik?
kenapa die kaya, aku miskin?
kenapa die ramai orang suka, aku foreveralone.?
kenape dia genius, aku baca byk kali pon tak dapat?
kenapa die femes..aku? krik krik
kenapa dan kenapa.

persoalan-persoalan yang macam ini lah yang mengaggalkan kita utk mendapat syurga hati.
kita tidak berpuas hati dengan apa yang telah dikurniakan Allah S.W.T kepada kita.Ada yg bunuh diri sebab putus cinta, lari rumah la, amek dadah la.

ade yang baik-baik tutup aurat. manis je. sampai bukak tudung dan pakai baju ketat-ketat. sbbnya?
terkapai-kapai mencari syurga hati.

macam mane nak dapat syurga hati? sedangkan kita tidak bersyukur dan susah untuk menerima qada' dan qadar (ketentuan Ilahi)

bagaimana nak dapat syurga hati le?

1. Ikut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.
2.Selaraskan kehendak kita dengan kehendak Allah S.W.T
3. Berserah dengan ketentuan Allah kerana kebahagian dan kedamaian pasti akan berputik dalam hati
4. Kita menghendaki sesuatu, tetapi Allah menghendaki sesuatu yang lain. Ingatlah kita merancang, Allah juga merancang, tetapi sebaik2 perancang ialah Allah S.W.T

InsyaAllah ketenangan itu akan datang.Happy je. esok orang pulak yg akan tertanya-tanya. asal ko happy je eh?takde masalah ke? okay that's a secret!
takde la, share la dengan kawan-kawan. the serenity of Islam. insyaAllah :)


Dunia ini medan peperiksaan utk manusia, di akhirat nantilah yg kekal abadi dan kita akan dapat result peperiksaan kita.

sekarang awak dan awak rase gred awak brpe?? A? B? atau E??

sama-sama kita berfikir sejenak dan bermuhasabah.
semoga coretan ini dapat menjadi peringatan utk kita bersama.
Jom cari syurga dalam hati! :)

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (67:2)

regards,
atikah razel.see ya! :)

source: solusi Isu no.45 tapi saye edit2 sikit.hee

1 comment: